Tidak kisah bersama Zizan

Penyanyi Nor Atiqa Noor Azraff atau lebih sinonim dengan panggilan Kaka Azraff menyatakan dia bersedia berduet dengan Zizan Razak. un...



Penyanyi Nor Atiqa Noor Azraff atau lebih sinonim dengan panggilan Kaka Azraff menyatakan dia bersedia berduet dengan Zizan Razak. untuk menyanyikan lagu Infiniti Cinta yang layak ke saingan separuh akhir Muzik-Muzik 29.
Kaka, 25, berkata, hubungannya dengan Zizan selama ini tidak pernah bermasalah, meskipun sebelum ini timbul permasalahan berkaitan syarikat pengurusannya, Wirefame Entertainment Sdn. Bhd. (Wirefame) yang dimiliki Zizan.
“Saya akui sudah dua bulan tidak bertemu dengan Zizan dan memahami kesibukan jadualnya yang agak padat sekarang. Bagaimanapun, hubungan saya dan Zizan masih baik seperti biasa.
“Isu yang pernah berlaku sebelum ini pun semuanya sudah diselesaikan dan saya akan bekerja secara profesional. Malah, saya gembira apabila lagu Infiniti Cinta layak dipertandingkan di peringkat separuh akhir,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! Online.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz3HnNR9Vnl 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers