TMJ bersuara mengenai isu Liga Malaysia 2015

JOHOR BAHRU : Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulangi cadangan supaya setiap pasukan ...




JOHOR BAHRU: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulangi cadangan supaya setiap pasukan dan kelab dalam Liga Malaysia (Liga-M) diberi hak penyiaran perlawanan.

Baginda bertitah bayaran hak penyiaran oleh penaja dilihat mampu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi setiap tahun oleh setiap pasukan termasuk Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Kunci untuk pembangunan bola sepak dan peningkatan kualiti dalam sesebuah pasukan di Malaysia ini adalah (diberi) hak siaran berbayar," titah baginda pada sidang media di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, di Larkin, semalam.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu bertitah sekiranya setiap pasukan menerima hak siaran berbayar itu, ia akan memudahkan lagi mereka meningkatkan kualiti pemain dan pengurusan pasukan.

Tunku Ismail bertitah hak siaran berbayar tersebut pada masa ini dipegang oleh FAM yang kemudian mengagihkan jumlah insentif tertentu kepada semua persatuan dan kelab.

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers