Update terkini mengenai Pak Majid!

PEMINAT fanatik Tok Gajah, Abdul Majid Abdul Hamid , 58, menunaikan nazar yang dibuatnya untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia berm...



PEMINAT fanatik Tok Gajah, Abdul Majid Abdul Hamid, 58, menunaikan nazar yang dibuatnya untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia bermula semalam di hadapan pekarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan sempena kejayaan pasukan bola sepak Pahang mempertahankan piala berprestij, Piala Malaysia musim ini.
Lebih mesra dengan gelaran Pak Majid, pejalan kaki solo itu memulakan perjalanan pada pukul 9.20 pagi menuju ke negeri selatan tanah air, Johor.
Pak Majid yang menetap di Felda Lepar Hilir 1, Kuantan berkata, dia memang berhasrat untuk segera menunaikan nazarnya sebaik sahaja piala berprestij itu dibawa pulang ke negeri ini.
“Saya rasa masanya sudah tepat untuk memulakan perjalanan dan kemungkinan ia akan mengambil masa antara 45 hingga 60 hari. Namun ia bergantung kepada cuaca dan situasinya nanti.
“Saya sudah bersedia sepenuhnya dari segi fizikal dan mental serta mengharapkan tiada masalah besar yang boleh menggangu sepanjang perjalanan ini dan berharap semoga semua mendoakan keselamatan saya sepanjang kembara ini nanti,"katanya ketika ditemui semalam.
Terdahulu, Pemuda UMNO Bahagian Kuantan hadir memberi sokongan dan bantuan berupa wang tunai dan pakaian kepada Pak Majid.
Mengenai laluan sepanjang misi itu, Pak Majid berkata, dia akan memasuki Segamat, Tangkak dan menuju ke Melaka sebelum bergerak ke Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri lain dan akan menamatkan kembara di Kuantan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1105&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz3ICGEuvBm 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers