Wardina salahkan orang filem?

Assalamualaikum & hello guys. Apa pulak yang Wardina buat kali ini? Mungkin ada kalangan korang suka dan ada juga yang "berbu...





Assalamualaikum & hello guys. Apa pulak yang Wardina buat kali ini? Mungkin ada kalangan korang suka dan ada juga yang "berbulu" dengan Wardina ni. Tapi kali ni dia meng-update status nya di Facebook yang berkaitan dengan kes buli yang viral baru baru ini.

“Kepada pembuat filem gangster ambil lah sedikit tanggungjawab kerana memberi “inspirasi” anak-anak MELAYU untuk membuli dan bertindak ala gangster.. Cubalah letak tepi sikit kerakusan mahukan keuntungan semata. Kita semua tahu anda mahukan untung dan anda untung kerana ramai yang mahu menonton filem gangster anda. Demand and supply bukan?
Jangan salahkan anda tapi salahkan penonton yang mahukannya? Tapi fikir lah sikit kesan pada MINDA nak bangsa kalau ada secuit pun rasa tanggungjawab dalam diri. Atau anda tak peduli kesannya. Mengotori minda anak muda kita tak apa? Kononnya ada “pengajaran” di hujung cerita?
Realitinya tidak ada yang belajar dari penghujung cerita anda…yang kadang kala saya rasakan cuma diletakkan supaya tidaklah rasa ‘bersalah sangat’. Adalah alasan sebagai jawapan apabila ada yang bertanya kelak. Budak-budak ini, anak muda kita ini, cuma ingat sikap ala samseng dan gangster yang kononnya “hebat” dan “cool” itu …aduh…dilakonkan pula oleh artis pujaan dan ternama. Anak muda mahu jadi seperti mereka. Bila ada peluang..nah keluarlah aksi yang telah dirakam dan disimpan dalam kepala. Jangan buat2 tak tahu.”

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers