Wiski dan vodka halal mula dijual

Selepas melancarkan barisan produk minuman keras halal tanpa alkohol, syarikat ArKay Beverages kini mengembangkan lagi perniagaannya d...




Selepas melancarkan barisan produk minuman keras halal tanpa alkohol, syarikat ArKay Beverages kini mengembangkan lagi perniagaannya dengan mencipta minuman vodka dan wiski halal.

Dua produk tersebut dijangka bakal menembusi pasaran Eropah tahun hadapan.

Produk-produk Arkay sebelum ini berjaya menarik minat penggemar yang rata-ratanya adalah orang Islam, wanita mengandung dan pemandu tegar yang merupakan golongan yang tidak boleh mengambil minuman beralkohol.

Menurut presiden Arkay, Sylvie Grattagliano, wiski dan vodka halal akan mula dijual pada tahun 2015 di negara-negara seperti Itali, Sepanyol, Jerman, Belanda, England serta negara yang mempunyai populasi orang Islam teramai di Eropah Barat iaitu Perancis.

Selain vodka dan wiski, Arkay akan turut mengeluarkan minuman keras halal tanpa alkohol jenis brandi, gin, amaretto dan blue curacao.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/wiski-dan-vodka-halal-akan-mula-dijual-di-eropah-48519?cp

p/s- Ada ura ura bakal dijual kat Malaysia?

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers