Awal Ashaari kesal dengan stesen tv?

JIKA dihitung perjalanan karier pengacaraan dua jejaka ini, mereka bukanlah seorang pengacara tersohor seperti Datuk Aznil Nawawi atau D...


JIKA dihitung perjalanan karier pengacaraan dua jejaka ini, mereka bukanlah seorang pengacara tersohor seperti Datuk Aznil Nawawi atau Datuk AC Mizal.
Bagaimanapun, kedua-dua pengacara yang lahir daripada program Raja Lawak ini mempunyai portfolio pengacaraan yang sangat memberangsangkan.
Penyampaian Zizan dan Nabil yang ‘menjadi’ setiap kali mengacarakan majlis, mungkin melenyapkan pandangan skeptikal khalayak yang tidak suka melihat pelawak menjadi pengacara.
Dua pelawak ini membuktikan keikhlasan dalam bekerja dan toleransi antara satu sama lain dalam pengacaraan, mencambahkan rezeki buat mereka.
Zizan yang melambangkan dirinya sebagai versatil sudah terbiasa dengan pandangan sinis sesetengah pihak terhadap bakat dan perjalanan hidupnya sebagai anak seni.
Bekas naib juara program Raja Lawak musim pertama itu sering kali mendatangkan keraguan terhadap sesuatu yang dinamakan pakej bergelar pengacara dan penghibur sebenar.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1207&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz3LAmtCKKF 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers