Boleh ke Malaysia bebas dari pendatang asing?

Jabatan Imigresen menyasarkan Malaysia bebas daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) menjelang tahun 2020. Timbalan Ketua Pengarah...




Jabatan Imigresen menyasarkan Malaysia bebas daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) menjelang tahun 2020.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan) Datuk Sakib Kusmi berkata pihaknya juga meletakkan matlamat mencapai tahap sifar PATI dengan memperkemaskan penguatkuasaan di semua pintu sempadan tanah air.

Justeru, katanya bagi mencapai sasaran itu, perancangan enam tahun akan datang akan turut melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi bersepadu banteras PATI.
"Selain itu, imigresen juga akan menimbang semula pelaksanaan program pengusiran seperti 3+1 yang didapati berkesan.
"Apa yang penting sekarang ialah menghalang kemasukan PATI daripada memasuki negara ini secara tidak sah," katanya kepada Bernama dalam temuramah baru-baru ini.

Program 3+1 merujuk kepada program serah diri sukarela yang melibatkan sama ada majikan sendiri menyerahkan PATI atau PATI menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Menurut Sakib, komitmen dan integriti semua agensi penguat kuasa yang mengawal kawasan sempadan darat dan laut juga perlu dipertingkatkan bagi memastikan negara ini bebas sepenuhnya daripada PATI.

Bagi laluan udara, beliau berkata usaha memperketat dan mengukuhkan sistem pengurusan kemasukan dibuat melalui pintu masuk setiap lapangan terbang seluruh negara.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/negara-bebas-pati-menjelang-2020-imigresen-49686?cp

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers