Coldplay bakal membawa haluan sendiri?

Band ikonik dunia Coldplay yang kini sedang menyiapkan album studio ketujuh mereka yang besar kemungkinannya adalah album terakhir kump...




Band ikonik dunia Coldplay yang kini sedang menyiapkan album studio ketujuh mereka yang besar kemungkinannya adalah album terakhir kumpulan itu, dedah Chris Martin yang juga ketua kumpulan tersebut.

Perkara tersebut didedahkan oleh Chris dalam wawancara bersama Zane Lowe di BBC Radio 1.

Album tersebut berjudul sementara A Head Full of Dreams.

“Ia merupakan album ketujuh dan kami melihatnya seperti buku Harry Potter yang terakhir atau yang seumpamanya, “ kata Chris.

“Tidak menolak sekiranya ada lagi album lain satu hari nanti, tetapi album ini seperti pengakhir kepada sesuatu kerja,” tambahnya lagi.

“Saya harus memikirkan ia seperti kemuncak atas apa yang telah kita lakukan. Jika tidak, kita tidak akan melakukannya.” lapor portal hiburan terkenal dunia, Billboard.com.

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers