Datuk ditangkap curi lukisan bernilai RM 1.5 juta

SEPANG - Polis berjaya menemui semula enam lukisan puncak Gunung Everest bernilai RM1.5 juta yang dilaporkan hilang di Lapangan Terbang...


SEPANG - Polis berjaya menemui semula enam lukisan puncak Gunung Everest bernilai RM1.5 juta yang dilaporkan hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan tertangkapnya lapan suspek termasuk seorang pemilik galeri lukisan bergelar Datuk baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Awang berkata, perbuatan itu terbongkar selepas pihaknya menahan seorang lelaki berusia 44 tahun di rumahnya di Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam 6 Disember lalu.
Katanya, lukisan tersebut disedari hilang sebaik pemiliknya, Chen Shijik, 54, tiba di KLIA pada pukul 8.30 pagi 20 November lalu dari Beijing, China.
"Lukisan tersebut dihasilkan antara tahun 2009 hingga 2011 dan bernilai RM1.5 juta. Setiap satunya dilukis pada ketinggian 7,000 kaki dari paras laut dan menjadi khazanah kerajaan China.
"Shijik merupakan pelukis terkenal China dan mendapat pengiktirafan rekod dunia kerana melukis dari ketinggian 7,000 kaki," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz3M2ROz8j5 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers