Filem Lelaki Harapan Dunia mungkin ditarik balik?

KUALA LUMPUR : Filem Lelaki Harapan Dunia akan dinilai semula Lembaga Penapisan Filem (LPF) ekoran kontroversi yang mengaitkan filem arah...


KUALA LUMPUR: Filem Lelaki Harapan Dunia akan dinilai semula Lembaga Penapisan Filem (LPF) ekoran kontroversi yang mengaitkan filem arahan Liew Seng Tat itu dengan sentimen bangsa Melayu dan agama Islam.

Dalam status terbaru pengarah itu di laman sosial Facebook, Seng Tat menulis filem itu berdepan dengan tindakan ditarik balik daripada tayangan di pawagam.
“Sekiranya filem itu diharamkan ia sesuatu yang tidak masuk akal dan keterlaluan. Saya berharap akal yang waras akan diguna pakai dalam penilaian,” tulis Seng Tat.
Penerbit filem tersebut Sharon Gan berkata, pihak Lembaga Penapisan Filem memohon kepadanya agar filem itu dinilai semula. “Saya menerima panggilan daripada wakil Lembaga Penapisan Filem pagi tadi. 

Wakil berkenaan menjelaskan yang filem itu mahu dinilai semula oleh pihak pengurusan tinggi badan tersebut berdasarkan berita-berita yang telah disiarkan menerusi media.“Ia sesuatu yang mengejutkan kerana filem ini telah pun diluluskan oleh mereka sendiri dan diberikan klasifikasi P13. Saya yakin dengan penilaian awal yang telah dilakukan oleh mereka. 

Namun, wakil tersebut tidak menjelaskan secara terperinci apakah yang akan dinilai semula.” tambahnya lagi.
Setakat ini, pihak penerbit masih belum menghantar salinan filem tersebut kepada LPF dan waktu tayangan masih belum diberikan. 

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/tayangan-filem-lelaki-harapan-dunia-berkemungkinan-ditarik-balik-49932?cp

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers