Gangguan bekalan air di KL, Gombak & Petaling

KUALA LUMPUR - Sebanyak 82 kawasan di Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 17 Disem...



KUALA LUMPUR - Sebanyak 82 kawasan di Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 17 Disember bermula 9 pagi hingga 12 tengah malam.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, gangguan itu berikutan kerja pengalihan paip di kawasan berkenaan.
Syabas meminta pengguna menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan dan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan dihantar ke 39222 untuk pertanyaan lanjut.
Maklumat lanjut tentang gangguan bekalan air sementara ini juga boleh didapati di laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. - Bernama

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers