Indar Putra kembali ke pangkuan Kelantan TRW?

PEMAIN sayap berpengalaman, Indra Putra Mahayuddin dikhabarkan akan kembali ke pangkuan Kelantan musim hadapan selepas menabur bakti...




PEMAIN sayap berpengalaman, Indra Putra Mahayuddin dikhabarkan akan kembali ke pangkuan Kelantan musim hadapan selepas menabur bakti bersama Felda United tahun
ini.
Sumber rapat dengan pemain berkenaan mendedahkan, tonggak Harimau Malaya itu dijangka mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di salah sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini.
“Pertemuan dengan (Tan Sri) Annuar itu dijangka membincangkan secara lebih terperinci berkaitan dengan tawaran yang diberikan oleh KAFA kepada Indra.
“Tetapi seecara lisannya, Indra dilaporkan telah bersetuju untuk kembali semula ke pangkuan The Red Warriors musim hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kota Bharu semalam.
Spekulasi berhubung pemain berusia 33 tahun itu kembali ke Kelantan bertiup kencang di laman sosial facebook penyokong tegar Kelantan yang memperkatakan beliau akan menabur bakti bersama The Red Warriors musim 2015.
Indra merupakan salah seorang tonggak yang membantu Kelantan menjulang gelaran trebel pada musim 2012.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3Kn5REvke 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers