Indra Putra kekal bersama Felda United 2015

TONGGAK berpengalaman Harimau Malaya, Indra Putra Mahayuddin akhirnya membuat keputusan untuk terus menabur bakti bersama Felda United...


TONGGAK berpengalaman Harimau Malaya, Indra Putra Mahayuddin akhirnya membuat keputusan untuk terus menabur bakti bersama Felda United bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Berita tersebut disahkan sendiri oleh pemain berkenaan menerusi entri laman sosial Facebook miliknya semalam.
Perkhabaran itu sekali gus menamatkan spekulasi kepula­ngan semula pemain berkenaan ke pangkuan Kelantan selepas gambar pertemuanya bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa tersebar di laman sosial Facebook kelmarin.
Indra berkata, keputusan untuk kekal bersama Felda United dibuat bukan kerana soal gaji, sebaliknya kesanggupan pasukan berkenaan yang menunggunya untuk memberikan jawapan.
“Ini bukan soal gaji,sbb gaji yang The Red Warriors tawarkan memang sangat lumayan dan cukup untuk menampung hidup saya di Kelantan.
“Tetapi dengan jadual padat dan latihan bersama pasukan Malaysia saya tidak mempu­nyai masa untuk berjumpa atau berbincang mengenai hala tuju saya setakat ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz3KzCLlVoh 


p/s- Sekaligus menafikan post ini ; Indra bakal ke Kelantan
p/s- Baca post ini untuk ketahui transfer rumours dan perpindahan player MSL 2015

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers