Janin ditemui dalam pasar raya

Gambar Hiasan MELAKA – Seorang gadis terkejut apabila menemui seketul objek berdarah sebesar hati ayam disyaki janin di hadapan pin...

Gambar Hiasan


MELAKA – Seorang gadis terkejut apabila menemui seketul objek berdarah sebesar hati ayam disyaki janin di hadapan pintu sebuah tandas wanita di sebuah pasar raya dekat Bachang di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, gadis yang merupakan seorang jurujual, Norhaslia Hafian, 19, ketika ditemui berkata, dia menjumpai objek itu ketika keluar dari salah sebuah tandas di situ.
“Sebelum saya masuk ke tandas, tiada apa-apa yang pelik saya nampak di atas lantai depan pintu-pintu tandas lain. Tapi, semasa saya ber­ada dalam tandas saya dengar bunyi pintu tandas sebelah dihempas kuat.
“Apabila saya keluar saya terkejut jumpa objek berdarah seakan-akan hati ayam, berdarah atas lantai depan tandas tersebut,” ceritanya ketika ditemui wartawan Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3Ldpr0oTN 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

1 comments

Followers