Joe Flizzow terkenang nostalgia bersama Malique

Kejayaan SonaOne membawa pulang trofi Lagu Terbaik menerusi lagu No More dalam AIM21 menempa sejarah baharu dalam dunia muzik tanah air...


Kejayaan SonaOne membawa pulang trofi Lagu Terbaik menerusi lagu No More dalam AIM21 menempa sejarah baharu dalam dunia muzik tanah air apabila buat kali pertama sepanjang 19 tahun penganjurannya, lagu hip-hop diangkat sebagai Lagu Terbaik AIM.
Turut memenangi anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dan Lagu Hip Hop Terbaik (Apa Khabar)-Joe Flizzow featuring SonaOne, penyanyi yang pernah menetap di Perancis itu menyifatkan kejayaan tersebut sebagai kejayaan semua penggiat seni tanah air, terutamanya yang memperjuangkan genre hip-hop.
“Keadaan sudah berubah apabila kini genre hip-hop sudah mampu diterima dalam arus perdana muzik di Malaysia. Saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi lagu ini (Apa Khabar) akan menang.
“Malah, apa yang menjadi kepentingan kepada kami ialah untuk menghiburkan jemputan AIM21, namun segalanya berubah dan kami berjaya mengangkat genre ini ke tahap yang lebih tinggi, ia merupakan kemenangan kami bersama.
“Sepuluh tahun lalu saya hanya mampu melihat lagu genre lain diangkat sebagai lagu terbaik dan dengan pengiktirafan ini, lagu hip-hop diletakkan di tahap yang lebih tinggi,” kata SonaOne.
Sementara itu, Joe turut melahirkan rasa bangganya terhadap kejayaan lagu Apa Khabar dan No More kerana berjaya melakarkan sejarah tersendiri dalam AIM21.
“Sebagai abang dan mentor kepada SonaOne, saya gembira dengan kejayaannya. Enam tahun lalu dia datang ke studio saya untuk belajar menulis lagu dan selepas enam tahun dia meraih kejayaan ini.
“Dia adalah penyanyi dan pemuzik masa depan negara yang dilahirkan daripada underground, menjayakan persembahan kecil dan tidak mendapat banyak pendedahan. Kejayaan SonaOne membuktikan siapa pun yang bekerja keras pasti akan berjaya,” dedahnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz3LS4jLcJO 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers