#KeHanoiSokongMalaysia bersama Air Asia?

Assalamualaikum & hello penyokong pasukan bola sepak Malaysia. Seperti yang kita semua ketahui, Malaysia telah kalah 2 - 1 kepada V...



Assalamualaikum & hello penyokong pasukan bola sepak Malaysia.
Seperti yang kita semua ketahui, Malaysia telah kalah 2 - 1 kepada Vietnam, jadi Khamis ini merupakan misi balas dendam untuk mara ke final!




Malangnya, kos untuk ke Hanoi, Vietnam bukanlah murah disebabkan harga tiket flight yang mahal menyukarkan kebanyakan penyokong Harimau Malaya untuk memberi sokongan sekaligus menjadi "pemain ke 12" untuk pasukan Malaysia.



Hasil aku usha usha tadi, harga tiket ke Hanoi, (KL - HANOI) pergi balik adalah lebih kurang RM 1500 plus minus. Itu baru harga tiket flight, belum makan minum penginapan. Tapi aku pasti makan minum dan penginapan bukan lah masalah sebenar bagi kita, apa yang kita perlukan sekarang ialah CEO Air Asia, Tony Fernandes memberikan potongan harga ataupun free flight untuk penyokong Malaysia.



Nak bagi tiket flight percuma agak mustahil, tapi jika diberikan potongan harga sudah tentu sedikit sebanyak menyemarakkan lagi semangat para penyokong Harimau Malaya. Jadi apa tunggu lagi, sama sama kita trendkan hashtag #KeHanoiSokongMalaysia di Twitter. Mana tahu nasib baik, Tony Fernandes bagi potongan harga tiket flight? ;-)

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers