Ketagihan rakyat Malaysia terhadap smartphone membimbangkan!

KUALA LUMPUR – Kegilaan rakyat Malaysia terhadap penggunaan telefon pintar menimbulkan kebimbangan pakar psikologi, pensyarah akademi...



KUALA LUMPUR – Kegilaan rakyat Malaysia terhadap penggunaan telefon pintar menimbulkan kebimbangan pakar psikologi, pensyarah akademik dan tokoh wartawan negara yang melihat obsesi tersebut sudah mencapai satu tahap ketagihan.
Menurut Tokoh Wartawan Negara 2011, Datuk A. Kadir Jasin, ketagihan te lefon pintar sudah pun berlaku dalam segenap lapisan masyarakat negara ini terutamanya generasi muda.
Malah, tegasnya, apa yang lebih membimbangkan sudah ramai orang di Malaysia yang tidak ubah seperti ‘hamba kepada telefon pintar’.
Katanya, walaupun tiada satu kayu ukur untuk mengklasifikasikan seseorang itu mengalami masalah ketagihan telefon pintar namun apabila seseorang, individu tidak lagi menghiraukan persekitaran, taksub untuk melihat gajet pada hampir kebanyakan masa dan hilang kuasa berfikir, maka itu sudah boleh dianggap satu ketagihan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3L5DEGWTs 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers