KJ mohon maaf mengenai isu pergaduhan dengan Vietnam

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di laman Facebooknya telah menyuarakan kekecewaannya sejurus selepas beliau menonton perlawana...



Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di laman Facebooknya telah menyuarakan kekecewaannya sejurus selepas beliau menonton perlawanan tersebut di Stadium Shah Alam, malam tadi.

“Apa yang lebih mengecewakan saya malam tadi bukan kekalahan kita atas padang tetapi tindakan segelintir penyokong Malaysia terhadap penyokong Vietnam.

Menurut Khairy, beliau masih menunggu laporan rasmi dari pihak polis dan FAM, berdasarkan maklumat yang diterima dan apa yang disaksikannya di mana para penyokong Vietnam diserang oleh segelintir‘fans’ Malaysia di Stadium Shah Alam semasa perlawanan separuh akhir pertama malam tadi.

“Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita. Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia.”

“Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua. Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong-penyokong Malaysia di Hanoi nanti?”

Khairy turut memohon maaf kepada penyokong Vietnam yang diserang di Stadium Shah Alam. Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan tersebut. Tindakan ganas segelintir fans Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar.

p/s- Korang dah baca pasal pergaduhan tu? Baca post pasal pergaduhan tu kat sini ; IJF vs UM vs SSU vs Vietnam

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers