Mamak ditembak mati polis?

IPOH – Seorang ahli Geng Mamak ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak di sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar dekat si...


IPOH – Seorang ahli Geng Mamak ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak di sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar dekat sini kelmarin.
Dalam serbuan Ops Cantas Khas kira-kira pukul 9.30 malam itu, suspek yang terkepung telah melepaskan tembakan menyebabkan polis terpaksa bertindak mempertahankan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek yang dikenali sebagai Muhammad Asharaf Jamaluddin, 24, berasal dari Padang Rengas dekat sini mati di tempat kejadian.
Menurut beliau, suspek terlibat dalam kes melanggar seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal di Bagan Serai, Kerian hingga mati pada Mei lalu selain memiliki dua rekod jenayah.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3MEWMgKg2 


Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers