Misi Pak Majid hampir tamat!

KEMAMAN - Peminat fanatik pasukan Tok Gajah yang menunaikan nazarnya mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan berjalan kaki kini berada...


KEMAMAN - Peminat fanatik pasukan Tok Gajah yang menunaikan nazarnya mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan berjalan kaki kini berada di negeri terakhirnya iaitu Terengganu, sebelum ke garisan penamat iaitu di Stadium Darul Makmur, Pahang.
Abdul Majid A. Hamid, 59, atau lebih dikenali sebagai Pak Majid memulakan misinya pada 4 November lalu selepas skuad Tok Gajah menjuarai Piala Malaysia dan kini boleh dikatakan sudah 95 peratus menghabiskan perjalanannya merentasi 11 negeri.
Meskipun menghadapi pelbagai kesusahan dan cabaran sewaktu misinya, Pak Majid berkata, dia tetap bersungguh-sungguh dan menghadapi segala cabaran dengan hati terbuka demi memastikan misi menunaikan nazarnya tercapai.
“Pada mulanya perjalanan tidak terlalu sukar, namun setelah pertengahan perjalanan ketika merentasi banjaran Titiwangsa, naik ke banjaran tersebut mengambil masa selama 15 jam.
“Ketika turun dari puncak banjaran ke Batu Melintang, Jeli ambil masa 12 jam, ia sangat mencabar perlu cepat sampai. Kalau tak, pak cik kena bermalam di tengah hutan,” katanya.
Pak Majid dijangka tiba di Stadium Darul Makmur pada Jumaat ini. - Bernama
p/s- Bekalan makanan Pak Majid sepanjang misi ni, makan maggie je?

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers