Penalti merosakkan rancangan Dollah Saleh

BANGKOK : Jurulatih skuad kebangsaan Harimau Malaya, Dollah Salleh tetap bernada yakin dapat menebus kekecewaan terhadap juara hatrik T...




BANGKOK: Jurulatih skuad kebangsaan Harimau Malaya, Dollah Salleh tetap bernada yakin dapat menebus kekecewaan terhadap juara hatrik Thailand pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Biarpun ketinggalan 2-0 pada final pertama di sini, malam ini, beliau berkata bermain di hadapan ribuan penyokong Malaysia di gelanggang sendiri akan menyuntik semangat anak buahnya untuk mengatasi defisit serta mengulangi kejayaan 2010 di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal.

"Kami masih ada peluang 90 minit lagi. Walaupun bukan mudah pada aksi kedua selepas kalah 2-0 tetapi dalam bola sepak apa pun boleh berlaku.
"Saya yakin kami boleh melakukan dengan lebih baik di Bukit Jalil," katanya kepada pemberita di sini.

Mengenai perlawanan malam ini, katanya pemberian penalti kepada Thailand oleh pengadil Uzbekistan, Kovalenko Valentin, pada pertengahan babak kedua perlawanan menjadi titik malang bagi pemain yang cuba sebaik mungkin untuk mencari gol penyamaan.

"Penalti yang tidak dijangka itu telah merosakkan semua perancangan," kata Dollah yang memuji barisan muda Thailand yang bertindak cemerlang.

Berkongsi pandangan yang sama adalah kapten pasukan Muhammad Shukor Adan yang menyifatkan penalti yang diraih Thailand pada pertengahan babak kedua perlawanan telah mengubah tempo perlawanan.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/dollah-masih-yakin-dapat-atasi-defisit-2-0-di-bukit-jalil-50465?cp

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

1 comments

Followers