Peniaga online perlu daftar SSM

"Saya tidak lihat apa-apa masalah berbangkit untuk peniaga online ini mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ini un...




"Saya tidak lihat apa-apa masalah berbangkit untuk peniaga online ini mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ini undang-undang dan mereka perlu ikut."

Itu tegas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek yang menyifatkan mereka yang berniaga di media sosial tanpa mendaftar dengan SSM dikategori sebagai peniaga haram.

Hasan mengulas rintihan beberapa peniaga 'online' yang menyifatkan media sosial merupakan satu-satunya cara untuknya memasarkan produk kreatif tanpa beban bayaran 'overhead'.

Jelas peniaga berkenaan, peraturan kerajaan yang mengatakan peniaga 'online' kini perlu mendaftar dengan SSM dilihat hanya akan melemahkan semangat keusahawanan dan perkembangan perniagaan mereka.

Pada Rabu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ahmad Bashah Md Hanipah memaklumkan sesiapa yang menjual barangan secara langsung menggunakan Facebook atau Instagram perlu mendaftar dengan SSM sekaligus dilakukan untuk melindungi pengguna daripada ditipu.

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers