Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus tahun 2015

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimu...



SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimum sebanyak RM500.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia sebagai menghargai sumbangan berterusan penjawat awam dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
“Bayaran ini akan dijelaskan pada 2 Januari 2015. Dengan insentif ini, saya amat berharap prestasi kakitangan awam negeri ini akan terus dipertingkat di samping memegang teguh prinsip integriti dalam setiap gerak kerja,” katanya ketika berucap semasa membentangkan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Sementara itu, dalam usaha menggalakkan jabatan dan agensi meningkatkan prestasi pengurusan kewangan di tahap ‘Sangat Baik’ dalam tahun-tahun akan datang, kerajaan negeri memberikan insentif kewangan sebanyak RM10,000 kepada setiap jabatan dan agensi yang berjaya mencapai standard itu. - Bernama

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers