Petronas turut bantu anak Terengganu

KEMAMAN - Petronas yang beroperasi di Terengganu sejak 1981 kini mempunyai kira-kira 6,000 tenaga kerja dengan 95 peratus rakyat Mala...



KEMAMAN - Petronas yang beroperasi di Terengganu sejak 1981 kini mempunyai kira-kira 6,000 tenaga kerja dengan 95 peratus rakyat Malaysia.
Pengurus Besar Petronas, Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan
Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lebih 40 peratus adalah anak Terengganu dan ia membuktikan Petronas tidak pernah mengabaikan hak anak tempatan mendapat peluang pekerjaan di syarikat minyak nasional itu.
"Petronas sentiasa komited membantu anak-anak tempatan khususnya dalam menyediakan peluang pekerjaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Program Pandu Ria Kelab Wartawan Terengganu (Kawat)-Petronas 2014 anjuran Petronas Wilayah Pantai Timur di sini hari ini.
Beliau berkata, Petronas juga tidak pernah meminggirkan masyarakat setempat dengan mengadakan program bersama komuniti termasuk mengambil lebih 20 sekolah sebagai sekolah angkat syarikat itu di bawah Program Sentuhan Ilmu Petronas (PSIP).
Katanya, pelaksanaan program berkenaan adalah bagi memastikan pelajar di kawasan Petronas beroperasi itu tidak tercicir, selain Program Sentuhan Harapan yang diwujudkan bagi membantu masyarakat kurang berkemampuan di Pantai Timur. - Bernama

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers