Proton dapat permintaan tinggi?

Accident yang melibatkan Iriz baru baru ini KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. menyasarkan 2015 sebagai tahun lebih baik baginya d...


Accident yang melibatkan Iriz baru baru ini

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. menyasarkan 2015 sebagai tahun lebih baik baginya dengan unjuran jualan meningkat tiga kali ganda berikutan peningkatan permintaan terhadap kereta mampu milik.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, jualan itu dijangka akan dipacu kereta kompaknya, Iriz serta model terkini Suprima S Standard yang baharu dilancarkan.
“Prestasi Iriz amat baik ketika ini dan menerusi pelancaran Suprima S Standard memaparkan lagi komitmen kami memenuhi permintaan pengguna yang mahukan kereta mampu milik dan berbaloi untuk wang mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Suprima S Standard oleh Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad, di sini, hari ini. - Bernama

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers