Scarlett Johansson kantoi!

PHILIPSBURG, Amerika Syarikat - Aktres terkenal, Scarlett Johansson dan pasangannya, Romain Dauriac telah berkahwin secara rahsia pa...



PHILIPSBURG, Amerika Syarikat - Aktres terkenal, Scarlett Johansson dan pasangannya, Romain Dauriac telah berkahwin secara rahsia pada musim luruh lalu di negeri barat laut Montana.
Scarlett dan Romain, bekas wartawan Perancis sudah bertunang sejak September 2013 dan sudah memiliki seorang anak perempuan iaitu Rose.
Seorang kerani mahkamah, Carol Bohrnsen mendedahkan pasangan tersebut berkahwin di sebuah pekan kecil yang terletak di Philipsburg.
“Ia sebuah kawasan yang kecil dan indah,” dedah Carol.
Wanita itu berkata, pasangan berkenaan telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat mahkamah di kawasan tersebut dan mendapati tarikh perkahwinan kedua-duanya berlangsung pada 1 Oktober lalu.
“Saya melihat mereka berdua pasangan yang sangat baik dan mempunyai personaliti yang mudah untuk didekati,” ujarnya.
Sebelum ini, aktres yang dikenali ramai menerusi filem Lucy dan Captain America itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Kanada, Ryan Reynolds. - AP

p/s- Korang pernah tengok leaked photo SJ ni?

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers