Siapa Abe yang dijangka menang mengundi?

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe  semalam dijangka menang selesa dalam pilihan raya umum mengejut yang disifatkan sebagai refe...


TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe  semalam dijangka menang selesa dalam pilihan raya umum mengejut yang disifatkan sebagai referendum rakyat berhubung dasar ekonominya selepas kejayaan awal beliau diselubungi kemelesetan.
Beberapa tinjauan media sejurus selepas waktu me­ngundi tamat mendapati Parti Liberal Demokratik (LDP) dan regunya, Komeito menang besar di Dewan Rendah Parlimen sekali gus membo­lehkan kerajaan mengetepikan keputusan Dewan Tinggi.
Stesen televisyen Jepun, Asahi TV melaporkan, kedua-dua parti itu memang 333 daripada 475 kerusi yang dipertandingkan manakala media TBS pula menyatakan LDP dan Komeito diramalkan menyapu 328 kerusi.
Akhbar tempatan utama, Nikkei pula menyatakan LDP sahaja dijangka menyapu antara 290 hingga 310 kerusi sekali gus menepati sasaran untuk memperoleh dua pertiga atau 317 kerusi dewan rendah bersama parti Komeito.
“Bilangan pengundi adalah paling rendah tetapi kita masih boleh menyatakan bahawa Abe memperoleh kemenangan besar,” kata seorang pakar politik tempatan, Masaru Kohno.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3LyMTKyHX 



p/s- Lah, ingatkan Abe (Abang)

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers