Siapa Charyl Chappius?

Assalamualaikum & hello girls yang tengok bola hanya sebab player handsome! Siapa Charyl Chappius? Hah dulu korang bukan kenal pun...

Assalamualaikum & hello girls yang tengok bola hanya sebab player handsome!



Siapa Charyl Chappius? Hah dulu korang bukan kenal pun siapa mamat ni kan. Tapi sejak akhir akhir ini, nama Charyl Chappius menjadi tumpuan di Malaysia terutamanya gadis gadis yang pantang tengok jantan jantan handsome main bola.




Well, tak dapat dinafikan Charyl Chappius ni memang handsome sebab dia merupakan kacukan Switzerland - Thailand. Dilahirkan di Switzerland & berumur 22 tahun. Beliau juga bukan gay, mempunyai gf. Jika korang usha instagram Charyl Chappius ni, korang boleh tengok begitu banyak lambakan comment dari gadis Malaysia mengutuk mengenai betapa hodoh/buruk nya gf Chappius. Hm.. adakah orang yang comment tu lagi cantik?



Charyl Chappius juga pernah bermain bersama skuad antarabangsa Switzerland. Kontrak beliau masih bersama team tempatan Thailand, Suphanburi FC sehingga 2015. Charyl bermain di posisi midfielder & berketinggian  177 cm. Chappius berhasrat untuk melebarkan sayapnya untuk bermain bersama team di Bundesliga. Barcelona merupakan team favorite nya tapi agak mustahil untuk beliau bermain di Barcelona.


Eduardo Vargas


Charyl Chappius turut dipanggil "player number 7" sebab masa perlawanan tempoh hari masih ramai tidak tahu akan nama beliau. Peminat mengatakan Charyl Chappius iras iras dengan Cristiano Ronaldo & Eduardo Vargas.

p/s- Well, goal Safiq Rahim semalam memang cantik!

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

1 comments

  1. Biasalah orang perempuan tengok bola lebih kepada tengok player. Ingat namapun sebab player, ingat club football pun sebab player gak hikss..hikss.hikss.

    ReplyDelete

Followers