Singapura sakit hati Malaysia layak ke final?

Assalamualaikum & hello penyokong Harimau Malaya. Sudah semestinya malam semalam merupakan malam keajaiban & malam yang penuh makna...

Assalamualaikum & hello penyokong Harimau Malaya.
Sudah semestinya malam semalam merupakan malam keajaiban & malam yang penuh makna kerana pasukan Harimau Malaya berjaya "membenam" pasukan Vietnam dengan jaringan 4 - 2 (Agregat 5 - 4). Netizen dan penganalisis sukan ramai menjangkakan Harimau Malaya tidak mampu mengalahkan Vietnam di tempat sendiri.




5 pertukaran yang telah dilakukan oleh Dollah Saleh seperti menggunakan khidmat Indra Putra, Farizal Marlias, Shukor Adan, Piya & Amri Yahya nampaknya membuahkan hasil. Aku menyokong tindakan Dollah Saleh yang menggunakan khidmat Indra Putra dari awal kerana Indra merupakan seorang pemain yang "rajin kejar bola", larian laju dan "kaki panjang" senang untuk menguis bola.



Tapi, apa saja boleh berlaku dalam masa 90 minit diatas padang. Insiden yang tidak diingini jugak tidak berlaku sepeti pergaduhan & rusuhan. Tahniah diucapkan kepada team Malaysia yang layak ke final AFF Suzuki Cup 2014 pada 17 & 20 Disember 2014 bertemu Thailand.



Mungkin ada sesetengah netizen "mengusik" rakyat Singapura dengan pertanyaan #keeperkatmana membuatkan penyokong Singapura berang dan mengeluarkan statement #MH370katmana. Hmmm



Berita baik kepada penyokong Harimau Malaya atau Ultras Malaya, pihak Air Asia berbesar hati untuk memberi potongan harga tiket ke Bangkok. Terima kasih Tony Fernandes!

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers