"SNBJ hanya 75% okay" -Khairy

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu, kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dipilih sebagai ven...


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu, kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dipilih sebagai venue perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 tidak perlu diragui.
Menurut Khairy, beliau sendiri telah melawat padang berkenaan Jumaat lalu bagi meninjau keadaan sebelum berlangsungnya perlawanan Malaysia menentang Thailand pada Sabtu ini.
“Saya dapati kekuatan akar (rumput) sudah bertambah berbanding perlawanan akhir Piala Malaysia lalu, tetapi ada di bahagian penjuru masih lagi tidak mempunyai rumput yang mencukupi. Kalau daripada segi keyakinan, saya masih lagi 75 peratus.
“Bagi saya sebagai menteri 75 peratus itu ok...bukan kata gagal cuma tidak sampai tahap 100 peratus berpuas hati,” katanya ketika ditemui di Rembau, Negeri Sembilan semalam.
Khairy berkata, keadaan rumput juga semakin baik dan kemungkinan untuk tercabut semasa perlawanan berlangsung juga rendah.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3M1eyy4K6 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers