Syarikat pengiklanan online tipu?

Assalamualaikum & hello penjana wang online! Aku bukan lah mahir ataupun dah pro mengenai cara nak jana wang online. Apa yang aku ...




Assalamualaikum & hello penjana wang online!
Aku bukan lah mahir ataupun dah pro mengenai cara nak jana wang online. Apa yang aku tahu antara syarikat pengiklanan yang famous antaranya Nuffnang, ChurpChurp, 8Share, Klips, Innity & banyak lagi. Tapi korang pernah terfikir tak, dalam banyak banyk syarikat pengiklanan, ada juga yang tipu.

Well, sudah semestinya bukan syarikat yang besar tipu. Kalau syarikat besar tipu, dah lama kena 'tiaw' dengan blogger. Semalam, aku ada terbaca entri di satu blog mengenai buat duit secara online. Aku agak tertarik dengan entri itu, dan sign up untuk mengiklankan iklan diorang,

Bila aku check betul betul, memang tak logik. Diorang pay per click, bila dah cecah 500 USD korang boleh cash out. Bila dikira semula, 500 USD tu bersamaan dengan 1700+- duit Malaysia. Mustahil semudah itu nak cashout RM1700+- senang senang je kan?



So, bila aku punya dah sampai 500 USD, before boleh cashout diorang suruh jawab survey. Hah dah agak. Survey ni memang suruh korang letak number phone and all. Lepas isi number phone baru boleh cash out. Nampak sangat tipu nya.

So lepasni kena hati hati lah sikit pilih pihak pengiklanan, mana tahu kot kot ada yang nak menipu jugak.

p/s- Kalau fikir semula, kalau macam tu punya senang nak buat duit, baik orang Gomen berhenti kerja hadap bendalah ni je kan?

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers