Tahan sakit daripada dirogol

PASIR PUTEH – Ketika sesetengah orang mungkin lebih rela dirogol daripada dicederakan, seorang gadis cantik, Nur Shafiqa Lah , 22, be...



PASIR PUTEH – Ketika sesetengah orang mungkin lebih rela dirogol daripada dicederakan, seorang gadis cantik, Nur Shafiqa Lah, 22, bertindak sebaliknya apabila dia sanggup melawan penyamun sehingga menyebabkan wajahnya ditoreh dengan pisau. Dia sanggup menggadai keselamatan demi menjaga kesucian dirinya.
Berkongsi kembali detik cemas kejadian itu, menurut Nur Syafiqa, dia bertindak melawan suspek yang merompak rumah keluarganya di Kampung Wakaf Berangan, dekat sini Ahad lalu ke­rana suspek cuba merogol dengan mengheretnya ke dalam sebuah bilik.
“Saya terpaksa tanggung kesakitan apabila ditoreh dengan pisau tajam sehingga berlumuran darah di atas katil sebuah bilik selepas suspek terbabit berang kerana gagal dalam cubaan memperkosa saya.
“Tindakan saya adalah untuk mempertahankan maruah dan kesucian diri. Saya bersyukur kerana terselamat,” luah Nur Syafiqa yang masih trauma.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3KtAzvpZM 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers