Tebusan di Sydney (8 Gambar)

Polis New South Wales mengesahkan insiden tebusan di sebuah kafe di Sydney selama 17 jam berakhir awal pagi Selasa.  Rakaman tele...



Polis New South Wales mengesahkan insiden tebusan di sebuah kafe di Sydney selama 17 jam berakhir awal pagi Selasa. 

Rakaman televisyen menunjukkan polis menyerbu kafe Lindt di mana seorang lelaki bersenjata menawan beberapa orang tebusan dan memaparkan bendera Islam pada pagi Isnin. 
Pemberita AFP berhampiran tempat kejadian terdengar satu siri letupan kuat dan jeritan setelah polis merempuh masuk.
Beberapa orang berlari keluar dari bangunan yang terletak di pusat bandar Sydney. Ada di antara mereka dilaporkan cedera. Media tempatan melaporkan seorang anggota polis turut cedera. 
Sebelum ini, nama lelaki bersenjata yang menjadikan sekumpulan pengunjung sebuah kafe di Sydney sebagai tebusan didedahkan oleh ABC Television dan media lain sebagai Man Haron Monis, 49, seorang 'ulama' kelahiran Iran.












Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers