"Universiti Malaysia melahirkan individu penakut & tidak berani"

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Universiti Malaya (UM) menggantung pengajian aktivis mahasis...



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Universiti Malaya (UM) menggantung pengajian aktivis mahasiswa Fahmi Zainol selama dua semester, sebagai mengembalikan institusi pengajian tinggi ke zaman batu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, keputusan yang dibuat oleh pengurusan UM itu memalukan institusi pendidikan tinggi negara dan sangat bertentangan dengan budaya ilmu.

"Tindakan Universiti Malaya itu sangat bertentangan dengan budaya ilmu dan satu perkara yang memalukan institusi pengajian tinggi.
"Universiti Malaya sepatut melahirkan rakyat yang berani yang berjiwa besar dan berani, bukan penakut dan memendam perasaan.

"Tetapi apa yang dibuat oleh Universiti Malaya menjadikan univeristi tersebut melahirkan individu yang tidak berani untuk menyatakan perasaan, penakut dan memendam perasaan.
"Universiti Malaya tidak seharusnya kembali ke zaman batu," katanya ketika mengulas tindakan yang diambil oleh UM terhadap pelajarnya yang menganjurkan pidato Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

UM, mendapati tujuh daripada lapan pelajarnya yang terlibat di dalam penganjuran pidato "40 Tahun: Dari UM ke Penjara" Oktober lalu, bersalah, dan telah memberi amaran keras serta mengenakan hukuman menggantung pengajian dan denda ke atas mereka.

Antara pelajar yang digantung pengajian selama dua semester termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), Fahmi Zainol dan Presiden Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/gantung-pengajian-fahmi-zainol-um-kembali-ke-zaman-batu-mahfuz-50040?cp


p/s- iniblogke melahirkan blogger yang friendly hehe. join iniblogke 600 bloglist

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers