Apa dah jadi dengan Rayani Air?

Susulan pembatalan dua penerbangannya yang menyebabkan lebih 200 penumpang terkandas, Rayani Air akhirnya membuka mulut mendedahkan seba...



Susulan pembatalan dua penerbangannya yang menyebabkan lebih 200 penumpang terkandas, Rayani Air akhirnya membuka mulut mendedahkan sebab perkara itu berlaku.

Syarikat penerbangan patuh syariah itu berkata pesawat boeing 737 miliknya tidak mengalami masalah teknikal tapi cermin utama di kokpit retak.

Difahamkan, mereka mengesan kerosakan itu selepas penerbangan malam semalam.

Syarikat tersebut kini sedang menyiasat sama ada kerosakan itu disebabkan perbuatan khianat atau sebaliknya.

Bagi pihak Rayani Air, kami memohon maaf akibat pembatalan penerbangan dari Langkawi hari ini. Pembatalan ini bukan kerana masalah teknikal,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan sebagaimana lapor tv14.my

Cermin di bahagian kokpit pesawat kami didapati retak selepas penerbangan malam tadi. Kami sedang menyiasat insiden ini sama ada ia tindakan khianat atau tidak.”


Berita selanjutnya ; Siakap Keli

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers