Bekas pemimpin negara "gila talak"?

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengibaratkan sesetengah bekas pemimpin yang mengutuk kerajaan sebagai oran...





Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengibaratkan sesetengah bekas pemimpin yang mengutuk kerajaan sebagai orang 'gila talak'.

Beliau membidas sesetengah bekas pemimpin kerajaan yang menuduh kerajaan sebagai 'flip-flop' atau tidak tetap dengan pendirian apabila membuat sesuatu perubahan dasar terutama selepas mendengar respon rakyat.

"Orang ini adalah orang 'gila talak', apabila ada jawatan tidak mahu buat, bila hilang jawatan dan nakkan jawatan, barulah kata kerajaan tidak betul.

"Padahal semasa mereka ada jawatan dulu, ia adalah disebabkan oleh sokongan pegawai-pegawai dan kakitangan akar umbi," kata Ahmad Zahid semasa berucap di majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Tambahnya, bekas-bekas pemimpin itu juga semasa berada di tampuk kuasa turut sensitif terhadap desakan masyarakat dan bertindak membuat pembaharuan bagi memenuhinya.

p/s- Berita selanjutnya di sini

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers