Diskaun 10 peratus untuk tol terpilih sempena CNY

KUALA LUMPUR : Lebuhraya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menawarkan diskaun tol 10 peratus kepada pengguna le...




KUALA LUMPUR: Lebuhraya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menawarkan diskaun tol 10 peratus kepada pengguna lebuh raya berkenaan sempena sambutan Tahun Baru Cina, pada Isnin dan Selasa depan.

SMART dalam kenyataan berkata pengguna akan menikmati kadar tol sebanyak RM2.70 berbanding kadar biasa RM3 untuk setiap hala masuk dan keluar Kuala Lumpur, bermula 6 pagi pada Isnin (8 Feb) hingga 6 pagi Selasa (9 Feb).

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web SMART di www.smarttunnel.com.my atau mengikuti laman facebook SMART Tunnel, Twitter @Smarttunnel atau hubungi talian bebas tol 1300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan.

Info lanjut ; Diskaun 10 peratus untuk tol 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers