DS akan kekal menjadi PM?

Penganalisis politik meramalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal memegang jawatan nombor satu itu paling tidak s...




Penganalisis politik meramalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal memegang jawatan nombor satu itu paling tidak sehingga Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti.Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, penyertaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) tidak akan memberi sebarang perubahan kepada usaha mereka untuk menggesa Najib meletakkan jawatan.





“Saya tidak fikir itu (Tun M dilantik sebagai Penaung GKCM) akan member kesan besar. Tun M telah melancarkan pelbagai pendekatan termasuk melalui blog dan ucapan-ucapan di pelbagai platform mendesak Najib meletakkan jawatan tapi beliau masih gagal.


“Melihat daripada semua segi, Najib akan terus kekal sebagai PM sekurang-kurangnya sehingga menjelang PRU akan datang,” katanya kepada Sinar Online.Minggu lalu, Tun Mahathir menerima pelawaan GKCM untuk menjadikannya sebagai penaung kepada gerakan yang lantang mengkritik Najib sejak tahun lalu.


Berita selanjutnya ;  Sinar Harian
p/s- Korang nak ke DS Najib jadi PM secara kekal? Kalau taknak pening kepala, usha sini!

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers