Lepaskan jawatan jika tidak mahu sokong DS Najib?

“Jika tidak mahu sokong Presiden (Umno), maka berhentilah jadi Timbalan Presiden.’Itu kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri M...




“Jika tidak mahu sokong Presiden (Umno), maka berhentilah jadi Timbalan Presiden.’Itu kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz apabila bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berterusan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka.


Menurut Mohamed Nazri, sebagai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin  sepatutnya membantu tugas-tugas presiden.“Kami sokong dan pilih Muhyiddin (dahulu), bukan suruh dia lawan presiden, tetapi beliau dipilih kerana kita lihat beliau boleh bantu presiden.“Tetapi jika hari ini, beliau tidak mahu menyokong presiden, jalan terbaik adalah berhenti sahajalah,” katanya pada sidang media persidangan meja Bulat Imam Kebangsaan 2016 - Edisi pelancongan Masjid, hari ini.


Mohamed Nazri turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang berterusan menghentam Najib terutama berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terbuka.“Kes ini sudah selesai seperti mana diumumkan Peguam Negara. Jadi kalau sudah selesai apa lagi yang dimahukan.  Sekarang ini adalah masa untuk buat kerja. Sebagai satu pasukan, kita harus bantu presiden untuk bantu rakyat.

p/s- Berita selanjutnya disini.
p/s- Korang sokong DS Najib ke tak?

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers