PAS letak calon bukan Islam untuk menang?

Penganalisis politik melihat strategi Pas yang meletakkan calon bukan Islam dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak bersesuaian dengan d...



Penganalisis politik melihat strategi Pas yang meletakkan calon bukan Islam dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak bersesuaian dengan demografi pengundi di negeri itu yang pelbagai kaum.Namun, Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir mengingatkan Pas bahawa itu bukan jaminan kemenangan parti Islam tersebut.


“Di Sarawak ini, Pas memang tidak boleh bergantung dengan calon Islam semata-mata. Pas mengambil langkah yang praktikal apabila menyesuaikan calonnya itu dengan demografi penduduk pelbagai etnik, budaya dan agama di Sarawak.“Tetapi walaupun strategi itu tepat namun langkah itu tidak menjamin bahawa Pas akan dapat memenangi sebarang kerusi di Sarawak disebabkan hakikat bahawa imej dan reputasi Pas yang dilihat ekstrem dan radikal.


“Lebih-lebih lagi perjuangannya untuk menegakkan hukum hudud yang bercanggah dengan pegangan kepercayaan dan budaya masyarakat pelbagai kaum,” katanya kepada Sinar Online.Sebelum ini, Pas mengumumkan untuk mengetengahkan calon bukan Islam buat pertama kali dalam PRN Sarawak.


Berita selanjutnya disini ; Sinar Harian Online
p/s- Kenapa dia ni menangis? Ada kaitan dgn PAS ke?

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers