Kapten Zaharie punca MH370 terhempas?

"Dua tahun berlalu, derita hanya kami yang tanggung. Usahlah terus menghukum adik saya atas kesalahan yang belum pasti dia lakuka...





"Dua tahun berlalu, derita hanya kami yang tanggung. Usahlah terus menghukum adik saya atas kesalahan yang belum pasti dia lakukan," luah Sakinab Shah kepada The Associated Press dalam temu bual eksklusifnya.

Sakinab, 72, merupakan kakak sulung kepada Juruterbang Kanan pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah yang dituduh sebagai seorang jihad, mempunyai masalah dalam perkahwinan dan atas sebab-sebab politik, mendorong Zaharie menjatuhkan pesawat malag berkenaan.

Dia sebaliknya menceritakan, Zaharie seorang yang baik hati dan ceria.

"Tiada apa yang nyata dan membuktikan dia (Kapten Zaharie) bersalah. Ia sama seperti menjangkakan dia bersalah sehingga dia dibuktikan tidak bersalah," katanya.


p/s- Berita selanjutnya ; http://goo.gl/HBAlrQ
p/s- Bagi pendapat peribadi aku, kejadian MH370 ini bukanlah disebabkan kapten itu sendiri. Perkara ini merupakan takdir yang telah ditulis. Salah jika kita letakkan kesemua sebab terjadi nya tragedi ini disebabkan oleh kapten Zaharie. Tragedi ini sehingga kini menjadi tanda tanya dan rahsia Allah. Sama sama kita doakan yang terbaik untuk mangsa nahas MH370 dan keluarga mangsa. Al-Fatihah.

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers