Masihkah anda ingat kartun legend ini?

Anak Anak Sidek Assalamualaikum & hello peminat kartun kartun di Malaysia. Jadi kali ini aku "up" kan satu entri yang ber...

Anak Anak Sidek

Assalamualaikum & hello peminat kartun kartun di Malaysia. Jadi kali ini aku "up" kan satu entri yang berkaitan dengan kartun kartun legend yang pernah mewarnai kehidupan korang semasa kecil.

Sudah pasti kartun kartun ini semua akan mengimbau kembali kenangan korang yang membesar bersama sama kartun kartun ini. Antaranya, kumpul duit semata mata untuk membeli komik kartun kegemaran korang atau mungkin juga dimarahi ibu korang kerana degil untuk mandi semata mata tidak mahu kentinggalan kartun kegemaran korang ini keudara. Jadi aku senaraikan antara kartun kartun "legend" di Malaysia.


1.
Kampung Boy
Sudah pasti kartun Kampung Boy ini telah berjaya mendapat tempat dihati seluruh masyarakat Malaysia bahkan kartun Kampung Boy ini juga telah dikomersialkan sehingga ke tahap antarabangsa. Jadi apa kenangan korang bersama kartun Kampung Boy ini? Kalau kenangan aku, hampir setiap minggu aku akan menonton Kampung Boy di tv walaupun diulang ulang tayangan nya aku tetap tak jemu kerana aku terhibur dengan kartun Kampung Boy ini. Aku turut mempunyai koleksi cd Kampung Boy dan ayah aku turut menyimpan beberapa buku koleksi Kampung Boy ini. Klik sini dan sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kampung Boy!

2. 
Keluang Man
Hah! Siapa je yang tak pernah tengok adiwira Malaysia ni, Keluang Man. Mungkin bagi kanak kanak generasi sekarang lebih "familiar" dengan animasi BoboiBoy atau Upin Ipin tetapi bagi kanak kanak zaman era 90an kartun ini merupakan adalah satu fenomena bagi diorang dan kartun ini sangat menghiburkan termasuklah karakter Inspektor Sahab yang amat sinonim dengan gaya suara beliau yang lucu. Dengar kata Keluang Man akan diangkat kelayar perak dan dibintangi oleh Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu? Mahukan berita selanjutnya baca disini.

3.
 Anak Anak Sidek
Anak Anak Sidek

Anak anak Sidek sangat berkait rapat dengan sukan badminton. Yelah, bapa diorang ni pun merupakan nama yang besar dalam arena badminton kan? Anak anak Sidek mengisahkan mengenai 5 beradik yang sentiasa tidak sefahaman dan sentiasa bergaduh tetapi walaupun pelbagai perkara terjadi antara mereka, mereka tetap ada untuk satu sama lain. Bak kata pepatah "Air yang dicincang tak akan putus". Memang menarik kartun ni bagi pendapat aku lah. Macam mana pulak pendapat korang?


Jadi aku kongsikan 3 kartun kartun legend di Malaysia ni. Nak tahu senarai selanjutnya? Korang boleh baca sepenuhnya kat sini :

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

1 comments

Followers