Rahsia pengumuman Muhyiddin Yassin esok?

Tan Sri Muhyiddin ‎Yassin berkata, beliau masih ahli Umno meskipun jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Umno telah digantung ...




Tan Sri Muhyiddin ‎Yassin berkata, beliau masih ahli Umno meskipun jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Umno telah digantung pada Jumaat lalu. Bercakap kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba penerbangan dari  Vietnam hari ini.


Muhyiddin menambah, segala perihal yang melanda beliau kini akan dijelaskan pada Khamis ini."Saya akan adakan sidang media dua hari lagi (Khamis) di mana saya akan jelaskan semua perkara yang berkaitan dengan penggantungan saya, kedudukan saya di dalam Umno dan hal-hal yang lain yang perlu saya jelaskan. ‎"Sementara itu saya masih berada di dalam umno," katanya. Terdahulu Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat lalu sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta.


p/s- Belum terlambat untuk join Iniblogke Mac16 Bloglist
p/s- Senarai blogger yang dah join Iniblogke mac16 Bloglist

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers