Tempat yang boleh dilawati di India selain Taj Mahal.

Pangong Lake, India Assalamualaikum dan selama petang para traveller/bagpackers. Korang semua pernah sampai ke India? Kalau pernah, kora...

Pangong Lake, India
Assalamualaikum dan selama petang para traveller/bagpackers. Korang semua pernah sampai ke India? Kalau pernah, korang pergi sampai ke tempat tempat yang akan aku senaraikan kat bawah ni?

Mula mula aku sendiri tak percaya, gambar diatas merupakan di India, kerana perkara pertama dalam fikiran aku jika berkaitan dengan India adalah sesak dan mundur. Tapi jangkaan aku benar benar meleset dan berubaha setelah melihat foto diatas. Jadi jikan anda bercadang untuk ke India, apa kata korang melawat tempat tempat menarik ni ;


1.
Khajjar

Khajjar


Khajjar merupakan "hill station" di daerah Chamba, India. Suhu disini selalunya rendah dari paras biasa. Korang boleh bayangkan macam suhu di Genting Highlands, Cameron Highlands atau Fraser Hill. Khajjar juga turut mempunya tasik tasik dan hutan hutan yang dijaga rapi. Khajjar juga digelar dengan nama gelaran Mini Switzerland pada tahun 1992. Jika anda berminat, terdapat beberapa hotel dan "cottage" disini untuk anda menginap. Menarik bukan?


2.
Valley of Flowers National Park

Valley of Flowers National Park
Seperti yang tertera, ini merupakan Taman Negara India. Cantik sungguh pemandangan disini. Taman Negara India sangat unik kerana terdapat ribuan jenis bunga disini dan tinggalnya juga haiwan haiwan yang hampir pupus dan "rare' seperti Asiatic Black Bear, Snow leopard dan Blue Sheep. Kedudukan Taman Negara India ini pulak sekitar 3352 sehingga 3658 meter diatas paras laut. Terdapat juga beberapa batang sungai mengalir melalui Valley of Flowers National Park ini. Tempat ini juga dikenali sebagai Nanda Devi National Park.

3. 
Indian Ghost Town
Indian Ghost Town

The Indian Ghost Town of Bhangarh, Rajasthan merupakan satu antara tempat yang seram untuk dilawati di India dan tempat yang telah lama ditinggalkan. Sudah pasti ada "benda lain" yang menghuni bukan? Walaupun bangunan ini ditinggalkan dan seram untuk dilawati, tetap ramai pelancong asing datang melawat ke ghost town ini dan merupakan satu tarikan pelancong di India selain Taj Mahal dan beberapa lagi tempat tipikal pilihan pelancong. Dikatakan juga, pelancong tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan ini apabila hari sudah menjangkau senja....


Jadi dalam entri ini sudah aku senaraikan 3 tempat yang menarik perhatian pelancong apabila datang ke India. Mungkin ada yang sudah ke India tetapi belum pernah ke tempat tempat ini bukan? Jadi apa kata anda merancang percutian anda ke India dan melawat tempat tempat diatas? Untuk merancang perjalanan anda ke India, sila lawati laman web ini untuk perancangan perjalanan dan tempat tempat lain yang menarik di India :

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers