Berhenti kerja untuk dapatkan tiket kapal terbang

Kenapa perlu berhenti kerja untuk beli tiket flight? Dek kerana ingin mendapatkan tiket penerbangan murah ke Thailand, sepasang kekas...

Kenapa perlu berhenti kerja untuk beli tiket flight?


Dek kerana ingin mendapatkan tiket penerbangan murah ke Thailand, sepasang kekasih sanggup berhenti kerja untuk mendapatkan tawaran itu, lapor Metro.uk. Beberapa khemah turut didirikan berhampiran stesen London Victoria semata-mata untuk mendapatkan tiket pergi balik ke Thailand dengan harga £49 (RM279).

Jualan tersebut bermula paga jam 9.00 pagi di dua cawangan STA Travel yang terletak di Grosvenor Gardens, London dan Corporation Street, Birmingham. Malah orang ramai mula beratur sejak 33 jam sebelum jualan tiket dibuka. Mollie Merrifield, 18, dan teman lelakinya Dan Jeffs, 19, bekerja di restoran makanan segera ketika mereka mengetahui mengenai promosi tersebut.

"Kami berdua berhenti kerja semata-mata untuk datang ke sini kerana kami mungkin tidak akan berpeluang untuk mendapatkannya pada masa hadapan," kata Mollie. Pelajar Waheed Khan, 30 tahun dari Elephant and Castle mula beratur sejak 11.00 pagi pada hari sebelumnya untuk memastikan dia menjadi individu pertama mendapatkan tiket berkenaan.

Berita penuh di ; Sinar Harian
p/s ;  Anda tak perlu berhenti kerja untuk dapatkan tiket flight murah. Anda boleh cuba godek disini mengenai tiket flight murah 2016

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers