Pembangunan di Sarawak berkait rapat dengan pilihanraya di Sarawak?

Pilihan Raya Negeri Sarawak ke - 11, 2016 Projek pembangunan di Sarawak tidak seharusnya hanya diliihat sebagai 'janji pilihan raya&...

Pilihan Raya Negeri Sarawak ke - 11, 2016
Projek pembangunan di Sarawak tidak seharusnya hanya diliihat sebagai 'janji pilihan raya' semata-mata.

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata biarpun kadang kala ia mungkin mengambil masa untuk dilaksanakan, namun janji kerajaan tetap ditunaikan demi kesejahteraan rakyat.

Jelasnya ini kerana mana-mana pembangunan infrastruktur perlu mengambil kira proses kajian dan perancangan terlebih dahulu di mana ia mungkin mengambil masa.

"Apabila Barisan Nasional (BN) janji, banyak yang sudah ditunaikan. Contohnya, Lebuhraya Pan Borneo dijanjikan dalam tahun 2013, sekarang ia dilaksanakan. Jalan menghubungkan Kapit dan Kanowit juga dijanjikan dan sekarang sedang dilaksanakan.

"Terdapat banyak bukti dan sudah pasti kalau kita janji bukan bermakna hari ini kita janji, esok akan siap. Untuk melaksanakan projek banyak perkara yang perlu diambil kira,"  katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Pameran TVET di Dewan Sekolah, SMK Sacred Heart, di sini pada Jumaat.

Berita penuh disini ; Astro Awani

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers