Resepi Churros Mudah dan Sedap

Credit photo :HobbyPerempuan Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Well, sejak kebelakangan ini aku dah jarang up kan entr...

Credit photo :HobbyPerempuan
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Well, sejak kebelakangan ini aku dah jarang up kan entry yang panjang, hanya update blog dengan join beberapa segmen bloglist dan giveaway sahaja. Aku harap korang pun turut serta join segmen segmen tersebut okay?

Kepekatan sos coklat juga merupakan kunci kesedapan Churros


So hari ini punya entri aku nak share resepi churros sedap dan mudah untuk dibuat. Kalau nak beli di cafe cafe, sudah semestinya harganya dalam lingkungan belasan ringgit dan kurang berbaloi jika kita buat sendiri sos chocolate dan churros ini sendiri di rumah. Tetapi aku punya resepi ini ada kelainan sedikit berbanding resepi resepi yang selalu dishare, ada satu bahan penambah kesedapan dalam resepi churros kali ini. Jadi, resepi untuk churros adalah seperti berikut ;

Bahan-bahan:
- 1 cawan air 
- 1 cawan tepung gandum 
- 4 sudu besar mentega 
- 3 telur 
- 1 sudu besar gula 
- 1 sudu kecil ekstrak vanilla 
- Minyak canola 

Topping: 
½ cawan gula caster 
2 tsp serbuk kayu manis
2 sudu serbuk X

Cara-cara: 
1. Panaskan air, mentega dan gula sehingga cair 
2. Masukkan tepung dan gaul sehingga sebati 
3. Biarkan adunan sejuk selama 5 - 10 minit
4. Masukkan ekstrak vanilla dan gaul 
5. Masukkan telur satu persatu dan gaul 
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag (guna star nozzle) 
7. Pipe ke dalam minyak panas dan goreng sehingga perang 
8. Gaul bahan-bahan topping termasuk lah bahan X 
9. Salut churros dengan topping dan hidang!

So korang nak tahu tak apa bahan topping selain gula caster dan serbuk kayu manis tu? Haa untuk senarai penuh resepi Churros ni dan mengetahui bahan X tu apa, jom tengok disini



p/s- Selama mencuba dan menjamu selera bersama Churros dihujung minggu!

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers