Tudung ajaib? Mampu hilangkan pening dan migrain?

Gambar Hiasan “Saya mengkaji apa sebenarnya yang terjadi dan kenapa semakin ramai orang menderita kerana pelbagai jenis penyakit. Say...


Gambar Hiasan
“Saya mengkaji apa sebenarnya yang terjadi dan kenapa semakin ramai orang menderita kerana pelbagai jenis penyakit. Saya percaya, semua itu berpunca daripada air yang kita ambil setiap hari.”
Itulah luahan Pengerusi Eksekutif Qnergy Sdn. Bhd., Profesor Datuk Dr. Noordin Darus.
Ekoran daripada itu, beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan tudung Qnergy yang mengambil konsep cas tenaga secara semula jadi.
Menjadi hijab pertama di dunia yang mempunyai cas tenaga secara semula jadi, Noordin memberitahu, tudung itu bukan sahaja mudah dipakai tetapi menjadikan si pemakai lebih bergaya.
Qnergy

Tambah Noordin, material atau fabrik yang digunakan adalah sama seperti tudung-tudung lain yang terdapat di pasaran. Namun, yang membezakannya adalah proses yang dilakukan untuk menambah tenaga dalaman terhadap hijab itu.
Menjelaskan tentang aura tenaga hijab berkenaan, beliau berkata, aura tersebut diperoleh melalui proses teknologi tenaga zero-point yang membolehkan setiap tudung mempunyai tenaga tersendiri.


Artikel Penuh: Kosmo Online

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers