Fakta mengenai virus Zika yang anda perlu ketahui

Angel Villamor Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu bersama kawan dan keluarga. Setelah 5 hari penat bekerja, Sabtu & Ahad ...

Angel Villamor

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu bersama kawan dan keluarga. Setelah 5 hari penat bekerja, Sabtu & Ahad merupakan waktu untuk "release tension" bersama keluarga dan rakan. Walaubagaimanapun, dalam relax relax berhujung minggu anda mesti baca entri yang sarat dengan fakta mengenai virus Zika ini. Mungkin sekarang virus ini belum menular di Malaysia (doakan semoga tidak menular di Malaysia) tetapi kita harus peka mengenai keadaan sekeliling.


Virus Zika yang semakin menular


Okay so apakah virus Zika? Apa punca virus Zika? Apa simptom virus Zika? Apa penyebab virus Zika? Well, bukan ada seorang sahaja yang tidak tahu, bahkan mungkin ramai lagi diluar sana yang tidak tahu mengenai kewujudan virus Zika ini.


Secara am nya Virus Zika ini adalah :

  • Virus Zika ini disebarkan oleh nyamuk terutamanya nyamuk Aedes 
  • Kebiasaanya virus Zika tersebar disebabkan nyamuk Aedes tapi virus Zika boleh juga tersebar melalui hubungan seks (Direkodkan di Texas pada awal Februari 2016 dan masih terdapat 9 kes virus Zika, penularan melalui hubungan seks)
  • Simptom simptom yang akan dihidapi oleh pesakit virus Zika ialah seperti demam, ruam dibahagian kulit, sakit sakit sendi dan otot, kelesuan dan sakit kepala dan simptom ini boleh berlanjutan selama 2 hingga 7 hari.
  • Malangya, pada waktu kini WHO mengesahkan masih tiada vaksin untuk penyakit virus Zika ini.
  • Langkah yang terbaik untuk menghindari virus ini adalah cuba elakkan daripada pergi ke tempat tempat yang mempunyai risiko tinggi seperti hutan atau tempat tumpuan nyamuk dan pastikan rumah anda bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.
  • Virus ini mula merebak bermula daripada Nigeria, Brazil, Colombia, Afrika, Venezuela, Amerika Latin dan terkini virus Zika telah sampai dan disahkan dihidapi oleh rakyat Singapura yang baru pulang setelah bercuti dari Brazil.
  • Pesakit yang dijangkiti virus Zika secara am nya perlu mendapatkan rehat yang cukup dan minum air yang secukupnya selain mendapatkan ubat dan nasihat yang sepatutnya dari doktor.

Negara negara yang disahkan positif virus Zika
Untuk bacaan lebih lanjut mengenai virus Zika ini, anda boleh layari laman web yang aku sertakan dibawah ;

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers