Mayat kedua dari nahas helikopter hilang ditemui

Dipercayai serpihan dari bangkai helikopter yang hilang tersebut KUCHING : Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mayat seora...


Dipercayai serpihan dari bangkai helikopter yang hilang tersebut


KUCHING: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mayat seorang lelaki dipercayai mangsa nahas helikopter, pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata mayat lelaki itu ditemui pada jarak 10 km dari pos kawalan Bomba Lingga pada pukul 8.31 pagi.

Setakat ini, identiti mayat belum dikenal pasti lagi.

Mayat berkenaan kemusian diserahkan kepada polis, sebelum diterbangkan ke Kuching.

Dengan penemuan itu, operasi pencarian masih diteruskan untuk mengesan empat lagi mangsa yang hilang.

Bomba yang dibantu pasukan tentera dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kini menumpukan kepada operasi pencarian berhampiran mangsa pertama dan kedua ditemui.

Berita selanjutnya : Astro Awani
p/s- Apa kaitan Yuna dengan Safiq Rahim? Baca sini!

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers